Defri Juliant (album)

Defri Juliant merupakan album studio sulung penyanyi lelaki Indonesia, Defri Juliant. Album ini dikeluarkan pada 16 Februari 2022 oleh Koko Record bersama penerbit Koko.[1] Sebilangan lagu daripada album ini adalah hasil kerjasama dengan Puspa Indah. Album ini merupakan album rakaman dangdut Melayu yang memuatkan tujuh buah lagu dengan dua buah lagu nyanyian Puspa.[2] Single utama album Defri Juliant iaitu "Tiara Ku Di Pulau Batam" dikeluarkan pada 8 Ogos 2021.[3]

Defri Juliant (album)

Bahasa bahasa Indonesia
Dirakamkan pada 2021
Panjang 34:54
Dilancarkan pada 16 Februari 2022 (2022-02-16)
Penerbit Koko
Genre
Syarikat Koko Record